Dewasa ini banyak kajian membuktikan bagaimana kemahiran menulis dan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun dapat dikembangan secara semulajadi oleh kanak-kanak, bagaimana mereka memberi makna kepada dunia mereka melalui penerokaan yang menyeronokkan, dan bagaimana mereka mengggarap maklumat dan membentuk satu peraturan mudah untuk membantu diri mereka sendiri menggunakannya (Beaty,J.J., 1998;293). Kajian-kajian tersebut telah mengubah pandangan kita selamanya tentang cara kanak-kanak mencapai perkembangan mereka dan bagaimana cara terbaik bagi kita membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka.Walau bagaimanapun masalah ini amat membimbangkan dan mencabar peranan guru prasekolah kerana mereka keliru dengan tanggapan, harapan dan keperluan seperti mana yang terungkap dalam kurikulum prasekolah kebangsaan. Melalui bacaan literatur yang berkaitan dengan perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah dari aspek kemahiran menulis, guru prasekolah telah disogokkan dengan dapatan mengatakan kanak-kanak membentuk cara mereka sendiri untuk bercakap dan juga menulis serta membaca (Beaty, J.J.,1998; 293). Dalam satu kajian yang dibuat oleh Temple et.al (1993;2), beliau mengatakan bahawa kanak-kanak belajar menulis melalui pengalaman dan penemuan kendiri. Dengan pandangan tersebut kita kini semacam dihimpit dengan dilema apakah perbuatan mengajar kanak-kanak menulis secara konvensional sudah tidak relevan lagi.
Jan 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment